Guardian Dan Seized Dilaporkan Telah Meninggalkan Pasukan NaVi

Foto : Epicenter -


Setelah mengakhiri kejohanan PGL  Krakow Major dengan keputusan yang kurang memuaskan, dua orang pemain pasukan Natus Vincere diaporkan telah meninggalkan pasukan itu. Ladislav “GuardiaN” Kovács dilaporkan telah meninggalkan pasukan NaVi untuk menyertai pasukan FaZe Clan. Beliau dikatakan akan mengantikan  Aleksi “allu” Jalli didalam pasukan itu.

Seorang lagi pemain, Denis “seized” Kostin juga dilaporkan akan meninggalkan pasukan itu didalam masa yang terdekat. Pasukan NaVi mengakhiri kejohanan PGL Krakow Major dengan hanya memenangi satu daripada empat perlawanan di peringkat kumpulan dan gagal melayakkan diri ke pusingan pay-off kejohanan tersebut.



Sumber : Slingshot Esports

Dikuasakan oleh Blogger.