Gambit Singkirkan Fnatic Untuk Jadi Pasukan Pertama Mara Ke Separuh Akhir Kraków Major



Fnatic menjadi pasukan pertama meninggalkan pusingan play-off kejohanan PGL Major Kraków 2017 selepas tewas kepada pasukan Gambit Esports. Perlawanan pertama bagi pusingan suku akhir itu berakhir dengan keputusan 2-0 memihak kepada pasukan Gambit.

Perlawan terbaik antara 3 siri itu bermula dengan Gambit menyingkirkan peta Mirage, Nuke dan memilih peta Train. Pasukan Fnatic pula menyingkirkan peta Cache, Cobblestone dan memilih peta Inferno.

Siri pertama pada peta Train bermula dengan pasukan Gambit memenangi pusingan pistol. Kedua dua pasukan kemudiannya saling kejar mengejar pada perlawanan yang sengit itu. Siri tersebut berakhir dengan kemenangan 16-14 memihak kepada pausukan Gambit.

Tidak banyak berbeza pada siri kedua apabila perlawanan berlangsung dengan sengit seperti mana siri pertama. Namun begitu, siri yang berlangsung pada peta Inferno itu akhirnya memihak kepada pasukan Gambit sekaligus mengesahkan kemaraan mereka ke pusingan separuh akhir.

Gambit Esports akan bertemu dengan pemenang bagi perlawanan antara pasukan SK Gaming dan Astralis.



Dikuasakan oleh Blogger.