Gambit Esports, Immortals - Finalis PGL Major Kraków 2017



Pasukan Immortals menyingkirkan pasukan pilihan Virtus.Pro dengan kemenangan 2-0. Pada siri pertama yang dimainkan pada peta Inferno, Immortals dengan mudah menguasai siri tersebt dan mengakhirinya dengan keputusan 16 -  5. Virtus.Pro cuba bangkit pada siri kedua di peta Mirage, namun Immortal membuktikan bahawa slot di perlawanan akhir itu milik mereka. Siri kedua tersebut berakhir dengan keputusan 16 - 11.

Slot kedua di perlawanan akhir menjadi milik pasukan Gambit Esports yang menewaskan pasukan Astralis. Siri pertama di peta Overpass menjadi milik Gambit yang dengan keputusan 16 - 10. Astralis tidak mudah mengalah dan berjaya mencuri siri keduua perlawanan. Siri yang dimainkan pada peta Inferno itu berkahir dengan keputusan 16 - 8. Gambit akhirnya mengesahkan kemaraan mereka dengan memenangi siri terakhir di peta Train dengan keputusan 16 - 12.
Dikuasakan oleh Blogger.