Gambit Esports Adalah Juara PGL Major Kraków 2017

Foto : HLTV


Gambit Esports muncul juara kejohanan PGL Major Kraków 2017 selepas menewaskan pasukan Immortals pada perlawanan akhir kejohanan tersebut. Ini merupakan kejuaraan kedua mereka selepas menjuarai Dreamhack Austin pada bulan April yang lalu.

Gambit akan membawa pulang hadiah sebanyak US$ 500,000 sebagai juara kejohanan manakala pasukan Immortals akan memperoleh hadiah sebanyak US$ 150,000. Pada perlawanan akhir tersebut, Immortals tewas kepada pasukan Gambit dengan keptuusan 2-1. Pasukan Immortal berjaya memenangi peta pertama yang dimainkan iaitu Cobblestone. Namun begitu, pasukan Gambit kemudiaannya bangkit untuk memenangi dua siri seterusnya di peta Train dan Inferno.



Dikuasakan oleh Blogger.