FaZe Clan, Vega Squadron Tersingkir Daripada PGL Major Kraków 2017

FaZe Clan dan Vega Squadron kini tersingkir daripada PGL Major Kraków 2017 selepas tewas kesemua perlawanan mereka pada peringkat kumpulan kejohanan tersebut. Pasukan FaZe Clan tewas kepada pasukan BIG (Inferno), Mousesport (Train) dan FlipSid3 Tactics (Mirage).



Pasukan Vega Squadron pula tewas kepada pasukan Virtus.Pro (Nuke), Immortal (Train) dan Penta Esports (Mirage). Penyingkiran FaZe Clan pada kejohanan kali ini adalah mengejutkan apabila mereka mempunyai prestasi yang membanggakan sepanjang tahun ini. Mereka mendapat tempat ke-3/4 pada ESL One Colonge 2017 dan kedua pada Intel IEM Master XII Sydney.



Sumber Gambar : FaZe Clan, HLTV
Dikuasakan oleh Blogger.