Fallout Gaming Dan PWEL Umum Kejohanan Amatur New Blood Championship



Sebuah kejohanan amatur baharu telah diumumkan oleh Fallout Gaming bagi rantau Asia Tenggara. Kejohanan ini dianjurkan secara kerjasama oleh syarikat Fallout Gaming dan Purpose Win Entertainment Limited (PWEL). Kedua dua syarikat sebelum ini turut bekerjasama menganjurkan kejohanan profesional Dota 2 iaitu Galaxy Battles di Shenzen, China.

Kejohanan ini hanya memfokuskan pada pemain amatur dan kesemua pemain profesional dilarang untuk menyertainya. New Blood Championship ini akan dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pusingan kelayakan dalam talian, kelayakan lan, dan acara utama.

Setiap pusingan kelayakan akan dibahagikan mengikut negara utama iaitu Malaysia, Thailand, Vietnam, Indonesia, dan Filipina. Namun begitu, negara negara berdekatan juga masih layak untuk menyertai kejohanan ini. Bagi peringkat kelayakan lan, ia akan diadakan dilokasi yang mempunyai bilangan pemain yang tinggi di negara negara utama tersebut.

Acara utama kejohanan pula akan diadakan di Jakarta, Indonesia. Kejohanan ini menawarkan jumlah hadiah keseluruhan sebanyak US$ 40,000. Pendaftaran kejohanan akan bermula pada 31 Julai ini di laman rasmi kejohanan yang masih belum boleh diakses.





Layari : Laman Facebook Rasmi New Blood Championship

Sumber : DotEsport, Turfsite Manila
Dikuasakan oleh Blogger.