Eyedentity Entertainment Dari Korea Lancar Jenama WESG Dengan Dana Sebesar $45 Juta USD

Foto : Eyedentity Entertainment


Syarikat pembangun permainan dalam talian dari Korea Selatan, Eyedentity Entertainment telah melancarkan jenama penganjur acara esukan, World Esports Games & Leagues (WEGL). Syarikat Eyedentity Entertainment yang popular dengan permainan MMORPG Dragon Nest itu merancang untuk melabur sehingga 50 Billion Won (45 juta USD) ke dalam arena esukan.

Mereka merangcang untuk menggunakan dana tersebt bagi membina arena esukan dan membangunkan pemain dan pasukan esukan baharu. WESG akan menganjurkan empat jenis taraf acara esukan iaitu Premier, Game Star, Super Fight, dan Nations.

Walaupun tidak diterangkan secara mendalam, acara Premier dan Nations dikatakan  akan menjadi acara pertandingan esukan biasa manakala acara Game Star dan Super Fight pula akan menjadi acara esukan seperti rancangan realiti.


Sumber  : DotEsport
Dikuasakan oleh Blogger.