ESL Dan Bluehole Umum Gamescom PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS Invitational

Foto : ESL -


Bluehole dan ESL mengumumkan kejohanan LAN pertama bagi permainan PUBG iaitu Gamescom PLAYERUNKNOWN’S BATTLEGROUNDS Invitational. Kejohanan tersebut akan disertai oleh 80 orang pemain, 'influencer' dan pengunjung acara Gamescom. Kejohanan ini akan diadakan pada tarikh 23 Ogos sehingga 26 Ogos 2017.

Kejohanan ini akan dipertandingkan dalam beberapa mod  permainan seperti Mod Solo, Mod Duo, Duo FPP (Perspektif Pandang Pertama) dan Mod Pasukan. Ia menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah $350,000 USD.


Dikuasakan oleh Blogger.