ESL Batal Penggantungan Pemain Yang Pernah Ditangkap Mengatur Perlawanan

Foto : ESL


ESL hari ini mengumumkan bahawa mereka telah membatalkan penggantungan pemain yang ditangkap mengatur perlawanan sebelum tarikh 15 Februari 2015. Keputusan ini diambil setelah pihak ESL mengemaskini pendirian rasmi mereka terhadap isu mengatur perlawanan mengikut panduan terbaru daripada pihak ESIC (The Esports Integrity Coalition).

Pihak ESIC baru baru ini telah mengadakan tinjauan terhadap komuniti tentang pandangan mereka terhadap perbuatan pemain menipu atau mengatur perlawanan. Setelah menerima hampir 7000 maklumbalas, pihak ESIC telah memaparkan keputusan tinjauan tersebut dilaman web mereka.

Pihak ESL dan ESEA sendiri juga telah mengadakan pertemuan dengan pemain bagi mendapatkan pandangan mereka berkaitan dengan isu ini. Pihak ESL akan mula menguatkuasakan peraturan terbaru ini mulai 1 Ogos 2017 dan ia akan meliputi kesemua acara seperti IEM, ESL One, Siri ESL Pro League dan liga dan pertandingan amatur mereka.

Antara pemain yang dibebaskan daripada pengantungan mereka sebelum ini adalah bekas pemain IBUYPOWER dan Epsilon. Namun begitu, pengantungan daripada pihak Valve masih berkuatkuasa dan mereka tidak layak menyertai kejohanan yang dianjuran oleh Valve seperti kejohanan Major.




Sumber : ESL

Layari : ESIC (The Esports Integrity Coalition)
Dikuasakan oleh Blogger.