DreamHack Open Valencia 2017 : Ninjas in Pyjamas Juara



Dreamhack Open Valencia 2017 berakhir dengan pasukan Ninjas in Pyjamas berjaya menjadi juara kejohanan. Pasukan itu mara ke perlawanan akhir setelah menguasai peringkat kumpulan dan menewaskan pasukan EnVyUs pada pusingan separuh akhir.

Ninjas in Pyjamas bertemu dengan pasukan pasukan Red Reserve yang sebelum itu menyingkirkan pasukan Heroic pada pusingan separuh akhir. Perlawan akhir kejohanan ini bermula dengan pasukan memilih Red Reserve memilih peta Nuke dan pasukan NiP memilih peta Cobble untuk disingkirkan.

Perlawan pertama kemudiannya dimainkan pada Mirage yang dipilih oleh pasukan Red Reserve. Walaupun pasukan Red Reserve menguasai separuh masa pertama, pasukan NiP bangkit pada separuh masa kedua dan mengakhiri peta itu dengan kemenangan.

Ninjas in Pyjamas kemudiannya memilih peta Cache bagi perlawan kedua. Pasukan itu membuktikan bahawa Cache merupakan peta terbaik mereka setelah menewaskan Red Reserve dengan keputusan 13-2. Pasukan itu akan membawa pulang hadiah wang sebanyak $50,000 sebagai juara kejohanan.

Sumber Gambar : NiP

Dikuasakan oleh Blogger.