Dota 2 - Cloud9 Ambil Alih Pasukan NP



Organisasi Cloud9 hari ini mengumumkan pengambil alihan pasukan NP. Kesemua pemain pasukan NP sbeelum ini pernah bermain bagi organisasi itu sebelum ini terutamanya EternalEnvy, Pieliedie dan Aui_2000 yang terkenal pada tahun 2014 lalu. Pada tahun itu, Cloud9 mengambil alih pasukan Speed Gaming yang dibarisi oleh ketiga tiga pemain tersebut dan Singsing serta Bone7. Pasukan itu menjadi popular kerana sering mendapat tempat kedua di setiap kejohanan yang disertai mereka.

Ini merupakan pengambil alihan kedua pasukan yang telah melayakkan diri ke The International 2017 oleh organisasi esukan. Pasukan Planet Dog sebelum ini diumumkan telah diambil alih oleh organisasi HellRaiser. Kedua dua pasukan sebelum ini diuruskan dan ditubuhkan sendiri oleh pemain.

Barisan pemain Cloud9 :


  • Jacky 'EternaLEnVy' Mao
  • Adrian 'FATA' Trinks
  • Arif 'MSS' Anwar
  • Kurtis 'Aui_2000' Ling
  • Johan 'Pieliedie' Åström


Dikuasakan oleh Blogger.