Disney Jalin Kerjasama Dengan ESL - Akan Siar Permainan Vainglory, Street Fighter V Pada Saluran Disney XD



Selepas dilaporkan melabur pada Team Liquid, Disney kini diumumkan telah menjalinkan kerjasama dengan penganjur kejohanan esukan popular, ESL. Disney, dilaporkan akan melancarkan program baru pada saluran Disney XD yang dinamakan sebagai D|XP.

ESL akan menghasilkan dua siri bagi program D|XP tersebut iaitu ESL Brawlers dan ESL Speedrunner. ESL Brawlers akan mula disiarkan bermula 21 Julai ini manakala siri ESL Speedrunner dijangka akan mula disiarkan pada bulan Ogos kelak.



ESL Bawlers akan memaparkan 6 episod mengenai beberapa pemain Street Fighter V yang bertanding bagi menentukan siapa yang terbaik diantara mereka. ESL Brawlers juga akan menayangkan 7 episod tentang sebuah kejohanan Vainglory khas yang masih belum diumumkan.

ESL Speedrunner pula akan menyiarkan permainan dengan fokus tentang pemain yang mampu menyelesaikan permainan dengan masa terpantas. Langkah Disney menyiarkan program berkaitan esukan ini menunjukkan bahawa esukan semakin popular dan diterima oleh media arus perdana.

Sumber : ESL
Dikuasakan oleh Blogger.