Dardoch Kembali Sertai Team Liquid Akan Diganti Omargod

Foto : CLG -


Counter Logic Gaming mengumumkan bahawa Joshua 'Dardoch' Hartnett telah kembali menyertai pasukan lamanya iaitu Team Liquid. Tempat beliau akan digantikan oleh Omar “Omargod” Amin. CLG didalam kenyataan yang dikeluarkan mereka berkata bahawa, pengambilan Omar sebagai pemain baharu adalah untuk menunjukkan kepada Dardoch bagaimana sebuah pasukan dengan lima orang pemain yang bekerjasama boleh mencapai kejayaan. Mereka turut menyatakan bahawa keputusan mengantikan Dardoch ini diambil setelah beliau enggan mengikut standard yang diharapkan sebagai pemain.

Sementara itu, Team Liquid masih belum mengumumkan posisi baru Dardoch didalam pasukan itu. Setelah mengambil Mickey sebagai pemain Mid baharu mereka dan meletakkan Reigover sebagai pemain simpanan semalam, tidak dapat dipastikan apakah matlamat mereka pada ketika ini.


Sumber : CLG
Dikuasakan oleh Blogger.