Beberapa Organisasi Dari Amerika Utara Dilaporkan Gagal Membayar Gaji Pemain



Jurulatih bagi pasukan Luxury Watch Red dan Blue, WizardHyeong tampil memaklumkan bahawa beliau masih belum menerima gaji bagi tugasnya sebagai jurulatih pasukan Overwatch untuk organisasi Gale Force eSports sebelum ini. Beliau meninggalkan pasukan itu pada bulan Mei lalu dan sehingga kini masih belum menerima bayaran daripada organisasi tersebut.



Menurut WizardHyeong, beberapa rakan kenalannya juga mempunyai tunggakkan gaji dari beberapa oragnisasi di Amerika Utara. Namun begitu, kebanyakkan dari mereka tidak mengutarakan masalah tersebut akibat daripada 'ugutan' yang diterima mereka. Antara ugutan yang digunakan adalah dengan menyatakan bahawa mereka telah melakukan pelanggaran kontrak. Terdapat juga organisasi yang mengugut untuk membocorkan rahsia pemain bagi menghalang mereka daripada membesarkan isu ini.

Dengan arena kompetitif Overwatch yang dilanda pelbagai masalah sehingga banyak organisasi meninggalkan permainan itu, masalah ini bukanlah sesuatu yang sepatutnya berlaku.

Sumber : /r/CompetitiveOverwatch
Dikuasakan oleh Blogger.