Astralis Tewaskan SK Gaming Untuk Mara Ke Separuh Akhir PGL Major Kraków 2017



Astralis menyingkirkan pasukan pilihan SK Gaming pada pusingan separuh akhir kejohanan PGL Major Kraków 2017. Pada perlawanan terbaik antara 3 siri itu, pasukan Astralis memilih Overpass sebagai peta pilihan dan menyingkirkan peta Inferno dan Coblestone manakala pasukan SK Gaming memilih peta Cache dan menyingkirkan peta Train dan Nuke.

Siri pertama di peta Cache berlangsung dengan sengit apabila kedua dua pasukan saling tidak mengalah. Siri ini berakhir memihak kepada pasukan Astralis dengan keputusan 16 - 12. Siri kedua yang berlangsung di peta Overpass pula dikuasai sepenuhnya oleh pasukan Astralis. Siri terseut berakhir dengan keputusan akhir 16 - 6 sekaligus mengesahkan kemenangan keseluruhan kepada pasukan Astralis.

Pasukan Astralis akan bertemu dengan pasukan Gambit Esports pada pusingan separuh akhir selepas pasukan itu menewaskan Fnatic pada pusinang suku akhir.
Dikuasakan oleh Blogger.