Dota 2 - Bahagian 1 : Pengenalan



Dota 2 merupakan sebuah permainan berbilang pemain dalam talian didalam arena pertempuran (Moba - Multiplayer Online Battle Arena) yang dibangunkan oleh Valve Corporation. Ia merupakan sebuah sekuel tersendiri daripada permainan Defense of The Ancient, sebuah mod daripada permainan Warcraft III: Reign of Chaos dan The Frozen Throne. Permainan ini mula dibangunkan pada tahun 2009 apabila Valve mengambil Icefrog sebagai  pekerja mereka. Icefrog merupakan pereka utama bagi mod permainan asal Defense of The Ancient. Dota 2 dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai tahun 2013 untuk platform Steam yang boleh dimainkan pada sistem operasi Linux, Windows dan OS X. Ia dilancarakan sebagai permainan yang percuma untuk dimainkan, namun menawarkan pelbagai kosmetik berbayar.




Di dalam permainan ini, pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Dire dan Radiant yang mempunyai kawasan tersendiri. Setiap kumpulan akan mempunyai lima orang pemain. Pemain haruslah mempertahankan kawasan mereka daripada serangan musuh dan menyerang kawasan musuh. Setiap pemain akan memilih dan mengawal sebuah karekter unik yang dipanggil sebagai hero. Setiap hero mempunyai abiliti, skil dan stail tersendiri.  Pemain harus mengumpul mata pengalaman (XP - Experience Point) dan Emas (Gold) bagi meningkatkan skill dan abiliti hero mereka dan menggunakan emas yang terkumpul untuk membeli item tambahan bagi menguatkan lagi hero mereka.


Pandang Atas Peta Dota 2 (Radiant Hijau - Dire Kelabu)


Sesebuah pasukan akan memenangi perlawanan apabila mereka berjaya memusnahkan banggunan utama di pangkalan musuh yang digelar sebagai Ancient. Semenjak ia dilancarkan, permainan ini menjadi permainan terbanyak dimainkan di platform Steam. Ketika artikel ini ditulis, Dota 2 mempunyai lebih 12 juta pemain unik di seluruh dunia.

Dota 2 juga mempunyai arena kompetitif yang terkenal dan mempunyai pelbagai liga dan kejohanan di seluruh dunia. Kejohanan terbesar DOta 2, The International merupakan kejohanan esukan yang mempunyai jumlah hadiah terbesar didunia iaitu melebihi $20 juta USD dan sedang meningkat naik pada tahun 2017.

Bahagian 2 : Peta


Dikuasakan oleh Blogger.