Adakah PUBG Akan Berjaya Sebagai Permainan E-sukan?



Adakah anda meminati filem Hunger Games (2012) dan Battle Royale(2000)? Jika anda meminati kedua filem tersebut, anda pasti akan tertarik dengan permainan sensasi terbaru terbitan syarikat Bluehole iaitu PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS. PUBG merupakan sebuah permainan berbilang pemain dalam talian yang dibangunkan berdasarkan daripada mod permainan DayZ:Battle Royale yang dibangunkan oleh Brendan "PlayerUnknown" Greene. Brendan kemudiannya ditawarkan untuk menjadi pengarah kreatif bagi membangunkan permainan PUBG ini oleh syarikat dari Korea Selatan iaitu Bluehole.

PUBG merupakan sebuah permainan bergenre 'battle royale' dimana pemain dengan jumlah maksima 100 orang untuk setiap perlawanan akan diterbangkan kepada sebuah pulau dan akan berusaha untuk kekal hidup dan membunuh pemain lain. Pemain perlu menjelajah pulau tersebut bagi mencari senjata dan mengelakkan diri mereka daripada tertinggal di dalam kawasan berbahaya. Kawasan berbahaya tersebut akan menyebabkan kawasan permainan menjadi kecil memaksa pemain utnuk saling bertarung. Permainan berakhir setelah hanya seorang pemain sahaja yang tinggal didalam perlawanan tersebut.





Permainan ini masih berada didalam program 'akses awal' dan hanya boleh dimainkan pada PC menerusi platform Steam. Namun begitu, versi permainan untuk platform Xbox dan Playstation juga sedang dibangunkan dan akan dilancarkan pada kemudian hari. Dengan jualan melebihi 4 juta salinan dalam tiga bulan pertama ia dilancarkan pada program 'akses awal', permainan ini amatlah popular sehingga ia menjadi permainan kedua paling banyak ditonton pada lama  Twitch bagi bulan Jun.

Bagaimana dengan e-sukan? Berbeza dengan mod permainan bergenre 'battle royale' yang lain, PUBG menawarkan variasi senjata yang lebih banyak, peta yang lebih besar dan kedudukan item yang lebih rawak, permainan ini berjaya menarik perhatian ramai pihak. Ramai pemain mengatakan bahawa permainan ini menawarkan sensasi bar bagi setiap perlawanan menyebabkan mereka tidak bosan untuk bermain.

Baru baru ini, organisasi esukan terkenal, Team SoloMid mengumumkan pasukan PUBG mereka sendiri dengan mengambil beberapa pemain seperti Colton 'Viss' Visser sebagai pemain rasmi mereka. Langkah TSM ini kemudiannya diikuti oeh sebuah lagi organisasi e-sukan iaitu Elevate dengan menubuhkan pasukan PUBG mereka.

Pihak Bluehole juga baru baru ini membuka permohonan untuk akses terhad bagi mencipta perlawanan custom kepada organiasi e-sukan, penganjur kejohanan dan komuniti. Langkah ini diambil bagi memperbesarkan lagi arena kompetitif permainan ini. Pihak Bluehole sendiri telah mengadakan sebuah kejohanan khas pada bulan Mei yang lalu bersempena dengan terjualnya permainan ini sebanyak 2 juta salinan.

Dengan usaha yang tidak henti daripada pihak Bluehole ini, tidak mustahil semakin ramai organisasi akan berminat untuk mencipta pasukan PUBG mereka sendiri dan memperbesarkan lagi arena e-sukan permainan ini.




Muat-Turun : PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS (RM 74.99)
Dikuasakan oleh Blogger.