Team Secret Gugur Pasukan CSGO Wanita Mereka



Team Secret hari ini mnegumumkan bahawa pasukan CSGO wanita mereka kini tidak llagi berada dibawah organisasi itu. Pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai WeRunThisPlace diambil alih oleh Team Secret pada bulan Mac 2016 selepas pasukan itu menjuarai kejohanan  CSGO wanita IEM Katowice.

Pasukan yang dibarisi sepenuhnya oleh wanita itu dianggotai  Zainab "zAAz" Turkie, Michaela "mimimicheater" Lintrup, Anna "Ant1ka" Ananikova, Ksenia "vilga" Kluenkova dan Julia "juliano" Kiran. Di bawah TEam Secret, pasukan itu berjaya menjuarai beberapa kejohanan termasuklah Copenhagen Games 2017 Female, Intel Challenge Katowice - 2017, eSports World Convention 2016 Women dan StarLadder Female Stars Championship.
Dikuasakan oleh Blogger.