NiP Menjadi Organisasi Terbaru Melepaskan Pasukan Overwatch Mereka



Ninjas in Pyjamas menjadi organisasi terbaru yang memilih untuk melepaskan pasukan Overwatch mereka selepas beberapa oragnisasi melepaskan pasukan mereka baru baru ini. Antara organisasi yang melepaskan pasukan mereka kebelakngan ini adalah Fnatic dan Dignitas.

NiP melalui blog mereka menyatakan bahawa keputusan ini diambil kerana arena esukan Overwatch tidak berkembang sepertimana yang dijangkaan malah jumlah tontonan sukan itu juga kurang berbanding dengan esukan yang lain.

Justeru itu, organisasi itu memilih untuk menyertai organisasi lain untuk menjadi pemerhati sahaja sehingga Blizzard mengumumkan lebih banyak maklmat mengenai halatuju dan perkembangan dunia esukan Overwatch ini.

Sumber : NiP
Dikuasakan oleh Blogger.