Logitech Lancar Dua Buah Headset Gaming Baharu

G433 7.1


Logitech kini telah melancarkan dua buah headset baharu yang difokuskan bagi kegunaan gaming. Dua buah headset tersebut adalah G433 7.1 dan G233 Prodigy. Kedua dua headset ini dilengkapi dengan teknologi PRO-G™ Audio Driver daripada logitech. Teknologi ini memberikan kesan audia yang lebih jelas dan bass yang lebih mantap.




Kedua dua peranti ini juga dilengkapi dengan mikrofon yang boleh ditanggalkan dan kabel yang boleh ditukar sekaligus membolehkan ia digunakan sebagai headset biasa untuk kegunaan mendengar muzik menerusi telefon pintar. Headset ini juga sesuai untuk digunakan pada pelbagai jenis peranti termasuklah Nintendo® Switch™, PS4®, Xbox® One, telefon pintar dan tablet.

G233 Prodigy


Headset G433 7.1 hadir dengan empat pilihan warna iaitu merah, hitam, biru dan biru dengan rekaan penyamaran. Namun begitu, warna biru dengan rekaan penyamaran ini tidak hadir di pasaran Malaysia. G233 Prodigy pula hanya hadir dengan 2 jenis warna iaitu biru dan hitam. Logitech  G433 7.1 dijual pada harga RM499 manakala G233 Prodigy dijual pada harga RM 369.00.


Dikuasakan oleh Blogger.