Kemaskini Overwatch 1.12 Membawakan Peta Horizon Lunar Colony Baharu dan Banyak Lagi

Kemaskini teraru permainan Overwatch kini hadir dengan beberapa penambahan baharu seperti peta di bulan iaitu Horizon Lunar Colony, skin lagenda baharu dan kemaskini antaramuka permainan itu.



Sebuah peta assault baharu, Horizon Lunar Colony boleh dimainkan pada kemaskini ini. Selain itu, dua skin baharu untuk Oni Genji dan Officer D.Va telah ditambah kepada kotak loot klasik. Kemaskini ini turut membawakan kemaskini terhadap antaramuka seperti penambahan "All Modes" di profil karier anda.

Kemaskini hero

MCREE
- Deadeye

Sasaran kini dikunci selepas 0.2 saat (0.8 sebelum ini)
Kecederaan yang diterima pada saat pertama meningkat daripada 20 kepada 80. (Kecederaan per saat selepas itu adalah sama)

REAPER
- The Reaping (Pasif)

Health Orbs dibuang.
Menerima semula 20% kecederaan sebagai nyawa.

ROADHOG

Saiz hitbox kepala dikurangkan 20%

- Scrap Gun

Kecederaan peluru dikurangkan 33%.
kadar tembakan meningkat 30%.
Saiz klip peluru meningkat daripda 4 kepada 5.
Dikuasakan oleh Blogger.