Alliance, NaVi dan Faceless - Antara Pasukan Ternama Yang Telah Tersingkir Daripada TI7



The International 2017 akan menjadi TI pertama dimana tiada penyertaan daripada  Iceicecice dan Dendi. Pasukan mereka, NaVi dan Faceless tidak melayakkan diri setelah gagal memperoleh kedudukan yang baik pada pusingan kelayakan di rantau masing masing.

Selain daripada itu, pasukan Alliance dan Cool Beans yang dianggotai oleh Loda juga gagal melepaskan diri mereka untuk mara kepusingan seterusnya. Pasukan Cool Beans hanya mampu memenangi satu daripada sembilan perlawanan yang disertai mereka. Pasukan Alliance pula hanya mampu memenangi tiga perlawanan mereka.

Antara pemain ternama lain yang gagal melayakkan diri ke kejohanan kali ini adalah Blink, Shadow dan Iceice daripada pasukan Wings dan kapten lagenda dota 2 daripada China iaitu Xiao8.
Dikuasakan oleh Blogger.