Abed - Pemain Pertama Capai 10K MMR



Pemain berusia 16 tahun daripada Filipina, Abed Azel "Abed" Yusop menjadi pemain Dota 2 pertama mencapai 10K MMR. Pemain bagi pasukan Digital Chaos itu pada ketika ini mempunyai 10024 MMR. Namun begitu, perlawan 10K itu tidak egitu membanggakan apabila seorang pemain dengan sengaja meninggalkan perlawanan pada awal  permainan memberikan kemenangan mudah kepada Abed.

Pencapaian ini juga dicemuh beberapa pihak yang menuduh rakan sepasukan Abed di Digital Chaos dengan snegaja memberikan kemenangan mudah kepada Abed apabila mereka bertemu dengannya sebagai lawan.



Pemain daripada Filipina itu sebelum ini bermain bagi pasukan Execration sebelum menyertai pasukan Onyx bersama sama dengan Demon. Pasukan Onyx kemudiannya diambil alih oleh organisasi Digital Chaos selepas pemain asal mereka meninggalkan organisasi itu. Beberapa orang pemain lain yang menghampiri 10K MMR adalah Midone (9649), Paparazi (9481), Ana (9472) dan Miracle (9425).
Dikuasakan oleh Blogger.