WarriorGaming.Unity Sertai Fnatic - Layak Ke Zotac Cup Masters



Dengan kemenangan 2-1 keatas pasukan Mineski, WarriorGaming.Unity mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan Zotac Cup  Masters yang akan berlangsung di Taipei pada 30 Mei kelak. WGU akan menjadi pasukan kedua di Asia Tenggara yang akan menyertai kejohanan itu selepas pasukan Fnatic yang memenangi pusingan kelayakan pertama bagi rantau Asia Tengara.

Selain daripada WarriorGaming.Unity dan Fnatic, dua lagi pasukan yang telah melayakkan diri ke kejohanan ini adalah pasukan Singularity daripada rantau Eropah dan pasukan Invictus Gaming yang berasal dari rantau China. Zotac Cup merupakan sebuah kejohanan baru yang menawarkan hadiah sebanyak  $50,000 dolar kepada pemenang tempat pertama. Ianya dianjurkan oleh Zotac, ESL dan Battlefy.


Dikuasakan oleh Blogger.