Battle Pass Bagi The International 2017 Diumumkan



Valve hari ini mengumumkan Battlepass bagi kejohanan tahunan Dota 2, The International 2017. Battlepass merupakan sebuah pass yang mempunyai pelbagai hadiah dan fungsi yang boleh diterima setelah melepasi peringakat (level) tertentu. Selain itu, 25% daripada jumlah jualan Battle Pass juga akan disumbangkan ke jumlah hadiah keseluruhan The International 2017.

The International 2017 akan membawa tema 'air' dan ini boeh dilihat dengan pelbagai kosmetik dan kesan khas bertemakan air yang terdapat didalam Battle Pass ini. Antara perkara yang menarik adalah hadirnya peta khas dibawah lautan.




Valve turut memperkenalkan Slithbreaker, sebuah kempen multi-player yang membolehkan pemain bekerjasama menyelesaikan kempen bagi mendapatkan hadiah kahs iaitu Desert Baby Roshan. Pelbagai lagi perkara menarik seperti Immortal Treasures, taunt khas, kesan khas ketika melakukan abiliti seperti ketika Blink dan Eul Scepter.

Anda boleh layari laman rasmi Battle Pass 2017 bagi melihat keseluruhan hadiah yang ditawarkan. Battle Pass 2017 boleh didapati dengan harga  $9.99 USD (RM 44+-) bagi level 1 dan $36.99 USD (RM 160+-) bagi level 75.



Dikuasakan oleh Blogger.