Team Secret - Pasukan Terakhir Dijemput Ke Dota Summit 7



Beyond The Summit mengumumkan pasukan ketiga yang dijemput ke kejohanan Dota Summit 7. Pasukan terakhir tersebut ialah pasukan yang berpengkalan di Eropah iaitu Team Secret. Team Secret akan menyertai dua lagi pasukan yang dijemput iaitu Virtus.Pro dan VG.J. Selain daripada itu, Clutch Gamers juga akan menyertai kejohanan setelah memenangi peringkat kelayakan bagi rantau Asia Tenggara(SEA).

Dota Summit terkenal kerana ia merupakan kejohanan yang bertemakan santai dimana ia diadakan di beberapa buah rumah di Los Angeles. Pemain akan bertanding di dalam rumah tersebut dalam suasana santai manakala pengulas  juga akan berada ditempat yang sama mengulas secara santai diatas sofa.




Dikuasakan oleh Blogger.