SK Gaming Juarai Intel Extreme Master Sydney 2017



SK Gaming menjuarai kejohanan CSGO Intel Extreme Master Sydney 2017 selepas menewaskan pasukan FaZe Clan. Kejohanan yang berlangusung di Qudos Bank Arena itu menawarkan hadiah wang keseluruhan sebanyak $200,000 USD.  Kejohanan selama dua hari ini disertai oleh lapan pasukan iaitu Astralis, Chiefs eSports Club, FaZe Clan, North, OpTic Gaming, Renegades, SK Gaming dan Vici Gaming.

SK Gaming mara ke peringkat akhir setelah menewaskan pasukan OpTic Gaming manakala pasukan FaZe Clan menewaskan pasukan Astralis dengan skor 2 - 1 di peeringkat separuh akhir itu. Pertemuaan kedua pasukan di peringkat akhir berakhir dengan SK Gaming berjaya menguasai 3 daripada 4 peta yang dimainkan sekaligus menjulang kejuaraan tersebut.

Keputusan

Train: 16-12
Cache: 16-7
Inferno: 13-16
Overpass: 16-11
Mirage:


Sumber : IEM 


Dikuasakan oleh Blogger.