Post-Kiev Shuffle : Fata, PieLieDie Sertai NP, Yapzor Sertai Secret



Pasukan NP hari ini mengumumkan barisan baru pasukan mereka bagi menghadapi Kejohanan The International 2017. Selepas Theeban ‘1437’ Siva dan Avery ‘SVG’ Silverman dilepaskan daripada pasukan itu awal April lalu, Pasukan NP hari ini mengesahkan penambahan dua orang ahli baru iaitu Johan ‘pieliedie’ Åström dan Adrian ‘FATA-’ Trinks kepada pasukan mereka.

Pasukan NP

  •  Jacky ‘EternaLEnVy’ Mao
  •  Adrian ‘FATA-’ Trinks
  •  Arif ‘MSS’ Anwar
  •  Kurtis ‘Aui_2000’ Ling
  •  Johan ‘pieliedie’ Åström

Selain daripada itu, bagi menggantikan pieliedie yang telah menyertai pasukan NP, pasukan Secret mengumumkan bahawa Yazied "YapzOr" Jaradat akan menyertai pasukan itu dan akan mula bermain bersama dengan pasukan Secret pada peringkat kelayakan  DreamLeague Season 7 bagi rantau Eropah, esok.

Pasukan Secret

  • Noa 'MP' Pyo
  • Nai Zheng 'MidOne' Yeik
  • Maurice 'KheZu' Gutmann
  • Yazied 'YapzOr' Jaradat
  • Clement 'Puppey' Ivanov

Dalam masa yang sama, pasukan Evil Geniuses turut mengumumkan bahawa tiada perubahan akan berlaku terhadap pasukan itu. Pasukan WarriorGaming.Unity pula mengumumkan bahawa Ah Jit dan Ah fu telah meninggalkan pasukan itu.


Dikuasakan oleh Blogger.