OG Menjuarai Kiev Major 2017



OG menjulang piala 'Mystic Staff' apabila menafikan hasrat Virtus.Pro untuk memenangi kejohanan Major pertama setelah memenangi perlawanan akhir dengan keputusan 3-2 di Palace of Arts di Kiev, Ukrain. Dengan kemenangan ini, OG mengesahkan kejuaraan keempat mereka pada kejohanan major setelah memenangi Frankfurt Major, Manila Major dan Boston Major. OG akan membawa pulang piala 'Mystic Staff' dan wang berjumlah $1,000,000 dolar US menerusi kemenangan ini.

Virtus.Pro yang dibarisi oleh RAMZES666, No[o]ne, 9pasha, Lil, Solo, Artstyle  memasuki perlawanan akhir setelah menewaskan pasukan Invictus Gaming dan Team Liquid dengan keputusan 2-0 pada kedua dua perlawanan. Pasukan OG yang dibarisi N0tail, Ana, Jerax, Fly dan S4 pula menewaskan pasukan Evil Geniuses dan Faceless sebelum layak ke perlawan akhir ini.

Perlawanan akhir yang sengit itu memperlihatkan kedua dua pasukan saling tidak mahu mengalah sehingga memaksa perlawanan diteruskan kepada siri kelima, Namun, begitu pasukan OG mengesahkan kejuaraan mereka setelah menguasai siri terakhir perlawanan dengan skor 20-28 pada siri yang berlangsung hampir 60 minit itu.



Dikuasakan oleh Blogger.