Minecraft Kini Boleh Dimainkan Pada Konsol Nintendo Switch



Minecraft Nintendo Switch Edition hari ini tiba di Nintendo Eshop Amerika Utara dan akan tiba keesokannya di Eropah dan Jepun. Permainan popular berasaskan blok itu tiba dengan perlbagai perkara seperti permainan mini Battle and Tumble.

Ia juga hadir dengan permainan multiplayer dalam talian sehingga 8 orang. Ia juga boleh dimainkan secara luar talian jika kesemua pemain mempunyai konsol tersebut. Antara fungsi lain yang hadir ialah kebolehan menjalankannya secara 'split screen' pada televisyen anda.





Dikuasakan oleh Blogger.