Hearthstone Kini Punyai 70 Juta Pemain

Hearthstone


Blizzard hari ini mengumumkan bahawa Hearthstone kini mempunyai lebih 70 juta pemain di deluruh dunia, 20 juta lebih banyak berbanding tahun sebelumnya. Hearthstone merupakan permainan berasaskan kad digital yang berkisarkan tentang karekter dan jalan cerita berasaskan permainan Warcraft.

Bagi menyambut penambahan pemain ini, Blizzard juga mengumumkan pemberian pek kad percuma bagi sesiapa yang log masuk ke permainan itu pada bulan Mei ini. Sebanyak 3 pek kad Journey to Un’Goro akan diberikan sekiranya anda log masuk ke akaun anda sepanjang bulan Mei ini.
Dikuasakan oleh Blogger.