Hao Batal Persaraan - Sertai ViCi Gaming



ViCi Gaming hari ini mengumumkan bahawa Chen "Hao" Zhihao akan kembali menyertai pasukan itu. Hao sebelum ini mengumumkan bahwa beliau akan berhenti bermain secara profesional dan mungkin bersara sepenuhnya dari dunia kompetitif Dota 2 selepas hanya berjaya merangkul tempat ke 12-9 pada The International 2016 lalu.

Hao akan menyertai skuad yang ketika ini dibarisi oleh ChuaN, Hym, Ori dan Yang. Sementara itu, Yang "END" Pu akan diletakkan sebagai pemain simpanan pasukan tersebut.




Dikuasakan oleh Blogger.