Dynasty Warriors 9 Akan Hadir Dengan Permainan Dunia Terbuka



Siri permainan popular Dynasty Warriors (Shin Sangoku Muso) akan menyertakan permainan dunia terbuka pada siri terbaru mereka iaitu Dynasty Warriors 9 (Shin Sangoku Muso 8). Dynasty Warrior merupakan siri permainan bertemakan hack and slash yang diterbitkan oleh Omega Force and Koei. 

Permainan ini membolehkan anda memilih satu karekter dari salah satu daripada tiga negara dan menyertai pertarungan demi pertarungan untuk menewaskan dua lagi negara dan membentuk sebuah negara China yang bersatu. Buat masa ini, permainan ini hanya diumumkan bagi platform Playstation 4 dan tiada apa apa maklumat sama ada ia akan dilancarkan pada platform lain.


Dikuasakan oleh Blogger.