Dumbledoge Meninggalkan BAU Supermasive - Vander Sertai Vitality



Mustafa "Dumbledoge" Kemal Gökseloğlu hari ini mengumumkan bahawa beliau akan menamatkan kontraknya bersama pasukan BAU Supermassive selepas berakhirnya Mid Season Invitational. Beliau berkata bahawa perpisahan ini telah dipersetujui kedua pihak dan mereka berpisah secara baik. Beliau menyertai pasukan yang berpengkalan di Turki itu pada Januari 2016. Bersama sama dengan pasukan itu, beliau berjaya memenangi tempat pertama bagi TLC Winter Playoffs 2017 dan TLC Winter Splits.

Sementara itu, Oskar "VandeR" Bogdan disahkan telah menyertai pasukan Vitality. Vitality juga kehilangan beberapa pemain seperti BGM yang menyertai eUnited dan Hachani yang meninggalkan pasukan itu baru baru ini. Mereka juga telah menambah seorang jurulatih bagi pasukan itu iaitu Jakob  "YamatoCannon" Mebdi.


Dikuasakan oleh Blogger.