Dilayan Teruk, Krew Produksi Rusia Buat Surat Terbuka Untuk Valve



Sebuah surat terbuka ditujukan kepada Valve hari ini menggesa Valve agar tidak lagi mengambil PGL sebagai penganjur kejohanan setelah krew produksi penyiarkan bahasa Rusia dilayan dengan teruk. Antara isi kandungan yang penting yang dituis pada surat terbuka itu adalah pihak PGl sengaja berpihak pada syarikat Starladder semasa memilih produksi penyiaran bahasa Rusia dan tidak membuat sesi membida yang sebenarnya.

Pihak PGL juga dikatakan membayar krew bahasa Rusia dengan gaji yang lebih rendah berbanding dengan krew bagi siaran bahasa Inggeris. Mereka juga mengeluh mengenai kesukaran mendapatkan makanan, isu tempat tinggal serta pihak PGL yang dikatakan tidak mengmbil peduli pada permintaan mereka sepanjang kejohanan Kiev major berlangsung.

Beberapa pemain, penganalis serta pengacara juga turut menyatakan bahawa tahap kualiti bagi kejohanan Major makin merundum dan semakin "murah". Kiev Major dilihat tidak diuruskan dengan baik apabila permainan belangsung sehingga meebihhi 15 jam sehari, kekurangan makanan dan rehat untuk krew.






Dikuasakan oleh Blogger.