Ah Jit dan Ah Fu Meninggalkan WarriorGaming.Unity



WarriorGaming.Unity hari ini mengumumkan bahawa Lai "Ah Jit" Jay Son dan Tue "Ah Fu" Soon Chuan tidak lagi menjadi pemain bagi pasukan itu. Pasukan yang berpengkalan di Malaysia itu mula menempa nama setelah berjaya melayakkan diri ke kejohanan Boston Major dan mendapat tempat ke-5/8. Mereka juga berjaya merangkut tempat pertama bagi kejohanan SEA Kappa Invitational Season 3 dan 4.

Buat masa ini, pasukan ini akan dibarisi oleh Kam "NaNa" Boon Seng, Chua "KaNg" Soon Kong dan Yap "xNova" Jian Wei. WG.U memaklumkan bahawa mereka akan mengumumkan ahli baru bagi pasukan mereka tidak lama lagi.
Dikuasakan oleh Blogger.