Vega Squadron Tewaskan Team Spirit, Layak Ke SL Invitational #2



Pasukan Vega Squadron yang dibarisi Ilya 'AlohaDance' Korobkin, Sergey 'God' Bragin, Vasily 'Afterlife' Shishkin, Airat 'Silent' Gaziev dan Krivulya 'Cema' Semion hari ini melayakkan diri ke  Kejohanan SL Invitational 2 setelah menewaskan pasukan Team Spirit. Pasukan Team Spirit tewas 3-0 pada peringkat akhir pusingan kelayakan SL Invitational #2 bagi rantau Eropah.

SL Invitational #2 akan berlangsung di Shanghai pada 18 May nanti. Selain daripada Vega Squadron, pasukan lain yang telah layak ke SL Invitaional #2 adalah Team VGJ dan Newbee melalaui jemputan rasmi, dan pasukan Invictus Gaming melalui pusingan kelayakan untuk pasukan dari China. SL Invitational #2 menyertakan jumlah hadiah sebanyak $100,000 dolar.
Dikuasakan oleh Blogger.