Vainglory : Kemaskini 2.4, Kemunculan Hero Baru Baptiste



SEMC hari ini memuat-naik perincian berkaitan dengan kemaskini Vainglory 2.4 pada laman blog mereka. Kemaskini terbaru ini akan memperkenalkan hero terbaharu iaitu Baptiste. Selain daripada itu, kemaskini ini juga hadir dengan  4 skin terbaru iaitu 'Elite Force' Saw, 'Red Lantern' Flicker, 'Champions Fate' Blackfeather dan skin edisi khas 'Night Shadow' Taka.

Abiliti Baptiste
(HEROIC PERK)
Baptiste mencuri cebisan roh lawannya semasa pertarungan dan menerima penyembuhan melalui setiap cebisan yang diterima. Cebisan roh ini boleh dihasilkan melalui serangan biasa ataupun penggunaan abiliti. Setelah menerima 4 cebisan roh, kuasa Baptiste akan bertambah dan serangan biasa dan abilitinya menerima peningkatan. Ketika kuasanya bertambah, Baptiste tidak lagi boleh menghasilkan cebisan roh.

BAD MOJO (A)
Baptiste akan melontar sebotol cecair yang akan meletup setelah tiba di sasaran ataupun setelah menghentam musuh. Musuh yang terkena dengan letupan itu akan menerima kecederaan dan pergerakkan mereka menjadi perlahan.

ORDAINED (B)
Baptiste menyumpah musuh sasarannya, mencederakan mereka dan mencipta penjara khayalan disekeliling musuhnya. Jika musuhnya keluar daripada penjara tersebut, mereka akan tidak sedarkan diri (stun) buat seketika.

FEARSOME SHADE (ULTIMATE)
Baptiste menyeru roh yang akan menangkap musuh di laluannya. Musuh yang ditangkap oleh roh ini akan menerima kecederaan bagi setiap saat.





Skin Baharu


Champion's Fate (Blackfeather)

Night Shadow (Taka) Edisi Khas

Red Lantern (Flicker)

Elite Force (Saw)


Kemaskini ini akan hadir pada 26 April bersama sama dengan Elite Force SAW dan Red Lantern Flicker manakala Night Shadow Taka dan Champion's Fate akan tiba pada 29 April. Kemaskini ini juga akan hadir dengan aktiviti khas seperti "Double Glory Weekend" yang akan berlangsung pada 28-30 April, 5-7 Mei, 12-14 Mei, 19-21 Mei.
Dikuasakan oleh Blogger.