Team Secret Kuasai Peringkat Kumpulan Kiev Major



Team Secret menunjukkan kekuatan pasukan mereka pada peringkat kumpuan Kiev Major dengan menewaskan kesemua lawan mereka. Pasukan yang dibarisi oleh MP, MidOne, Khezu, Puppey, Pieliedie memasuki acara utama Kiev Major dengan rekod bersih 6-0. Selain daripada itu, pasukan TNC yang mewakili rantau Asia Tenggara juga menunjukkan prestasi yang membanggakan dengan keputusan 6-4 dan hanya tewas kepada pasukan Virtus Pro.


Acara utama Kiev Major akan bermula pada 27 April sehingga 30 April di National Palace of Art, Kiev, Ukrain. Kejohanan ini menawarkan hadiah sebanyak $1,000,000 dolar kepada pemenang tempat pertama dan merupakan kejohanan Major kedua selepas Boston Major bagi musim 2016-2017.




Dikuasakan oleh Blogger.