Razer Mengumumkan Lancehead, Tetikus Tanpa Wayar Untuk Gaming



Tidak ada banyak tetikus tanpa wayar dihasilkan untuk aktiviti gaming. Hal ini kerana tetikus tanpa wayar mempunyai sela masa dalam menerima dan menyampaikan mklumat pergerakkan. Bagi seorang gamer, terutamanya gamer profesional, setiap saat dalam permainan amatlah penting.




Razer hari ini mengumumkan sebuah tetikus tanpa wayar yang dicipta khas untuk gamer. Tetikus ini dilengkapi dengan teknologi Adaptive Frequency Technology (AFT) yang memastikan kestabilan transmisi data. Selain daripada itu, teknologi ini juga menyemak dan menukar saluran frekuensi secara berterusan bagi memastikan transmisi data dapat dilakukan tanpa mempunyai sebarang sela masa.




Dikuasakan oleh Blogger.