Kiev Major - EG, VP, OG dan IG Mara Ke Separuh Akhir



Berakhirnya pusingan suku akhir bagi Kiev Major menunjukkan kemaraan 4 pasukan ke pusingan separuh akhir dan tersingkirnya empat lagi pasukan dari kejohanan ini. Invictus Gaming menewaskan Team liquid dengan keputusan 2-1 dan mara untuk bertemu dengan pasukan Virtus.Pro yang menewaskan pasukan VG.J.

Sementara itu, wakil dari Asia Tenggara, pasukan Faceless tewas kepada pasukan OG dengan keputusan 1-2. Pasukan SG Esport yang menunjukkan kejutan semalam dengan menewaskan pasukan Secret tewas kepada Evil Geniuses pada perlawanan yang amat sengit bagi kedua dua pasukan. Pasukan yang tewas pada pusingan ini akan membawa pulang hadiah wang sebanyak $125,000 dolar US.





Dikuasakan oleh Blogger.