Kemaskini Terbaru Dota 2 Memerlukan Anda Mengesahkan Nombor Telefon



Pihak pembangun permainan Dota 2 hari ini mengeuarkan kemaskini terbaru yang memfokuskan kepada penambahbaikan matchmaking. Antara perkara yang disertakan didalam kemaskini ini adalah dengan kembalinya solo queue, pengesahan nombor telefon bagi permainan jenis ranked, halangan terhadap mod permainan ranked di beberapa server.

Solo Queue

Mod permainan solo queue kini dikembali pada mod ranked. Dengan mengaktifkan fungsi ini, pemain boleh memilih untuk dikecualikan daripada bermain dengan mereka yang bermain secara party.

Pengesahan Telefon Bimbit

Kesemua pemain kini perlu menambah nombor telefon yang unik sebelum boleh memainkan mod ranked. Nombor telefon yang teah ditambah boleh ditukar namun, nombor yang dibuang hanya boleh ditambah semula selepas 3 bulan dari tarikh ia dibuang. Dengan menggunakan cara ini, pihak pembangun Dota 2 berharap agar masalah pemain smurf dapat dikurangkan sekaligus menambah mutu permainan.

Kemaskini Server India, Afrika Selatan dan Dubai

Para pemain di server India, Afrika Selatan dan Dubai kini tidak lagi boleh memainkan mod permainan ranked setelah mod itu dibuang daripada server mereka. Permainan ranked di ketiga tiga server tersebut sering dimanipulasi bagi mereka yang menggunakan bot untuk menaikkan mmr mereka.
Dikuasakan oleh Blogger.