Pasukan Arena of Valor M8Hexa.Zeta Kini Bermain Dibawah Organisasi Fire Dragoon

Pada 26 Januari lalu, organisasi e-sukan Fire Dragoon mengumumkan penutupan divisyen Overwatch mereka dan mengantikannya dengan sebuah divisyen baharu iaitu divisyen permainan mudah alih.

Kini, Fire Dragoon telah mendedahkan pasukan pertama di bawah divisyen tersebut iaitu pasukan Fire Dragoon Arena of Valor. Pasukan tersebut dikenali sebagai M8Hexa.Zeta sebelum ia diambil alih untuk bermain di bawah nama Fire Dragoon.

Dibarisi oleh 7 orang pemain, pasukan tersebut pernah mencapai keddukan 8 terbaik di dalam kejohanan Garena's Valor Cup. Berikut merupakan senarai lengkap pemain pemain pasukan FDG AOV :

  • Tam "Tam" Kah Chun
  • Yim "Seven"Zhen Hao
  • Teh "KP" Kuan Peng
  • Kok " Raizel" Kar Seng
  • Chong "Koon" Kon Seng
  • Chen " Deadeyes" Chih Woei
  • Liang "Sun430" Jun Jack


Sumber : Fire Dragoon

Dikuasakan oleh Blogger.