ESL Tambah Sebuah Lagi Siri Perlawanan Di Pentas Utama ESL One Katowice Selepas Terima Maklumbalas Komuniti

Selepas para peminat meluahkan rasa kecewa kerana pentas utama kejohanan Dota 2 ESL One Katowice 2018 hanya akan mempertandingkan 4 siri perlawanan walaupun ianya bertaraf major dan mempunyai 16 pasukan bertanding, penganjur ESL tampil mengumumkan perubahan dengan menambah sebuah lagi perlawanan.

Dengan harga tiket mencecah ~RM470 bagi kelas premium, beberapa peminat merasakan 4 siri perlawanan adalah tidak berbaloi terutamanya kepada mereka yang datang dari jauh bagi menonton pemain kegemaran mereka bertanding.

Pada asalnya, tiga siri perlawanan separuh dan suku akhir akan diadakan pada hari pertama dan sebuah perlawanan akhir dalam format terbaik dari 5 siri perlawanan pada hari kedua di pentas utama kejohanan. Kini ESL mendengar keluhan peminat dan menambah sebuah perlawanan untuk hari kedua.

Perlawanan tersebut adalah bagi menentukan tempat ketiga kejohanan. Tempat ketiga ini adalah penting kerana ia akan menawarkan lebih banyak mata kelayakan DPC dan wang hadiah. Sebelum ini, tempat ketiga dan keempat kejohanan akan menerima jumlah yang sama iaitu 150 mata kelayakan DPC. Namun kini tempat ketiga akan memperoleh 225 mata dan tempat keempat pula hanya akan menerima 75 mata.

Dengan beberapa kontroversi yang melanda mereka kebelakangan ini, ESL dilihat berusaha sedaya upaya mereka memperbaiki sebarang kesilapan dan mengutamakan maklumbalas dari komuniti. 

ESL One Katowice, kejohanan Dota 2 bertaraf major ini akan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah USD1,000,000 dan melibatkan 16 pasukan terbaik dari selerh dunia. Ia akan diadakan di  Spodek Arena, Katowice, Poland pada 24 dan 25 Februari ini untuk acara utama kejohanan.


Dikuasakan oleh Blogger.