Dota 2 : Kemaskini The Spring Cleaning Kini Tiba

Para pemain yang menunggu tibanya Battlepass terbaru bagi Dota 2 pastinya berasa kecewa apabila Valve, pada kemaskini Spring Cleaning 2018 mengumumkan mereka masih bekerja keras mengubahsuai Battlepass tersebut dan belum bersedia untuk melancarkannya pada ketika ini.

Kemaskini terbaru ini juga membawakan pelbagai perubahan dan penambahbaikan terhadap permainan Dota 2. Antaranya adalah laman profil pemain yang serba baru. Ia kini memaparkan prestasi terkini pemain, hero kegemaran dan pemain juga boleh memilih gambar latar kegemaran mereka untuk digunakan pada laman profil mereka sendiri.

Bagi menambahbaik proses pemadanan pemain (matchmaking), pilihan bahasa pemain kini akan lebih mempengaruhi proses tersebut. Ini bagi membolehkan pemain mendapat pengalaman berkomunikasi yang lebih baik semasa bermain.

Lebih penting lagi, pemain yang didapati bermain secara negatif dan kerap dilaporkan oleh pemain lain kini boleh menerima pengantungan sehingga 6 bulan. Dengan perlunya pengesahan nombor telefon yang diperkenalkan sebelum ini, mengadakan akaun baharu tidak lagi mudah dan  pengantungan yang lama ini dijangka akan mengurangkan jumlah pemain toksik. 

Selain daripada itu, seperti kebiasaanya, kemaskini ini juga membawakan perubahan terhadap hero hero di dalam permainan tersebut. Pelbagai perubahan telah dilakukan bagi menstabilkan dan mengubah corak permainan sedia ada.

Bagi anda yang berminat untuk membaca keseluruhan perubahan yang dibawakan bersama dengan kemaskini kali ini, anda boleh layari laman The Spring Cleaning 2018

Dikuasakan oleh Blogger.