Bipolar Dan Wicked Meninggalkan Pasukan Kuala Lumpur Hunters Menjelang Bermulanya LCM

Menjelang bermulanya League of Legends Championship Malaysia tidak lama lagi, pemain bagi pasukan Kuala Lumpur Hunters, Ng ‘Wicked’ Chee Chuen dan pengurus pasukan itu, Ramsay ‘Bipolar’ Devara mengumumkan bahawa mereka telah mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan tersebut.

Bipolar, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau berkata, tahap kesihatannya yang semakin memburuk menyebabkan beliau kini tidak mampu untuk melaksanakan tugasnya sebagai pengurus pasukan dan mengambil keputusan untuk melepaskannya.

Bagi Wicked pula, keputusan meninggalkan pasukan KLH adalah berat baginya namun belia mahu memfokuskan diri beliau kepada sesuatu yang lain. Pasukan Kuala Lumpur Hunters akan memulakan League of Legends Championship Malaysia berdepan dengan pasukan Climax pada 3 Februari ini.

Dikuasakan oleh Blogger.