Virtus.Pro, Secret Dan Liquid Tarik Diri Dari Galaxy Battles 2 Selepas Valve Gugur Status Major Kejohanan Tersebut

Selepas kehilangan status major, kejohanan Galaxy Battles 2 kini kehilangan beberapa nama besar selepas tiga pasukan mengumumkan bahawa mereka telah menarik diri dari kejohanan tersebut.

Tiga pasukan tersebut adalah Virtus.Pro, Team Secret dan Team Liquid. Namun begitu, beberapa pasukan lain juga di ura urakan akan turut sama menarik diri dalam masa terdekat ini.

Galaxy Battles, sebuah kejohanan yang dianjurkan oleh Fallout Gaming (FG) dan Purpose Win (PWEL) diumumkan telah digugurkan daripada senarai kejohanan Dota 2 Pro Circuit oleh Valve. Kejohanan itu kini tidak lagi berstatus major dan tidak menawarkan sebarang mata kelayakan DPC.

Tanpa status major dan mata kelayakan DPC, adalah wajar bagi sesebuah pasukan untuk menarik diri dari menyertai kejohanan yang berada jauh dari negara mereka. Kebanyakkan pasukan hanya akan memfokuskan kepada kejohanan yang menawarkan mata kelayakan PDC bagi membolehkan mereka menyertai kejohanan The International kelak.

Walaupun Valve menyatakan bahawa mereka dan penganjur sedang mencari jalan untuk membolehkan kejohanan tersebut diadakan seperti biasa dengan status dan mata kelayakan asal, dengan masa yang semakin suntuk ini, harapan peminat untuk menyaksikan pasukan kegemaran mereka bertanding kini adalah tipis.


Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.