Valve Keluar Kenyataan Mengenai Ulasan Menggunakan DotaTV - Hanya Mereka Berhak Keluarkan Notis DMCA

Valve tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mereka bagi menjelaskan isu penstriman kejohanan ESL One Genting oleh pengulas persendirian. Isu berkenaan timbul selepas ESL mengambil keputusan menandatangani perjanjian dengan Facebook bagi hak penyiaran eksklusif kejohanan ESL One dan CS:GO Pro League.

Hal ini menyebabkan komuniti Dota 2 terutamanya di laman reddit mengecam tindakan ESL ini kerana merasakan bahawa platform Facebook Live adalah tidak bersesuaian bagi penstriman kejohanan e-sukan seperti ESL One Genting ini.

Oleh yang demikian, ramai peminat mengambil keputusan untuk menonton ulasan tidak rasmi di laman Twitch berbanding dengan siaran rasmi di laman Facebook. Ulasan ulasan tidak rasmi di laman Twitch ini menerima jumlah penonton yang lebih tinggi dari siaran rasmi. Namun begitu, beberapa saluran yang melakukan ulasan tidak rasmi ini kemudiannya menerima notis DMCA menyebabkan mereka digantung dari laman Twitch.

Ini menyebabkan komuniti semakin marah kerana saluran saluran ini mengunakan DotaTV untuk melakukan ulasan tidak rasmi mereka. Ini adalah menetapi polisi yang dikeluarkan oleh Valve mengenai penggunakan DotaTV. Namun begitu, polisi tidak berapa jelas sehingga memaksa Valve kini tampil menjelaskan lagi polisi mereka kepada komuniti dan penganjur kejohanan.

Menerusi kenyataan terbaru ini, Valve menegaskan bahawa hanya mereka berhak mengelarkan notis DMCA bagi sebarang penstriman menerusi DotaTV yang tidak menggunakan sebarang kandungan dari penganjur kejohanan seperti pergerakan kamera dan ulasan rasmi kejohanan.

Valve turut menyatakan bahawa sebarang pihak dibenarkan melakukan ulasan menerusi DotaTV kecuali organisasi komersil seperti Beyond The Summit. Akhir sekali, Valve menegaskan bahawa hanya mereka berha menentukan sama ada seseorang itu melanggar polisi yang telah ditetapkan oleh mereka.

Valve menjelaskan bahawa komuniti adalah tulang belakang bagi Dota 2 dan merekalah yang menguasakan permainan ini dan Valve akan kekal membangunkan permainan ini dengan komuniti sebagai fokus utama.

Dikuasakan oleh Blogger.