Steam Dilihat Telah Membenarkan Pembangun Melakukan Strim Terus Pada Laman Jualan Permainan Di Platform Tersebut

Steam hari ini dilihat telah memperkenalkan sebuah fungsi baharu kepada para pembangun di platform tersebut dengan membenarkan sebilangan dari mereka melakukan strim terus pada laman jualan permainan mereka.

Fungsi strim ini dilihat agak serupa dengan laman penstriman popular lain dengan disertakan dengan fungsi perbualan chat. Langkah ini dilihat akan membantu para pembeli melihat sendiri corak permainan yang ditawarkan dan mampu membolehkan mereka berinteraksi terus dengan pembangun permainan tersebut.

Pada ketika ini, Steam dan Valve masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai ketersediaan fungsi ini kepada semua pembangun di platform tersebut.

Sumber : Steam Spy

Dikuasakan oleh Blogger.