Steam Dedah Senarai Permainan Terbaik 'Best of 2017' - CSGO, The Witcher, PUBG, Rocket League Antara Yang Tersenarai

Bersempena dengan tahun baharu ini, platform permainan popular Steam telah mendedahkan senarai permainan terbaik (Steam Best of 2017) yang meliputi beberapa kategori seperti jualan tertinggi, keluaran terbaru terbaik, jualan permainan VR tertinggi, permainan terbanyak dimainkan dan lain lain lagi.

Bagi kategori permainan dengan jualan tertinggi sepanjang tahun 2017. Dengan menggunakan pendapat kasar mereka, 100 permainan terbaik telah dipilih dan dibahagikan kepada beberapa kategori mengikut jumlah jualan mereka. Kategori ini bermula dengan Platinum di tangga teratas diikuti oleh Gold, Silver dan Bronze.

Pada tahun 2017 ini, 12 permainan berjaya memperoleh status jualan Platinum iaitu Counter Strike : Global Offensive, Rocket League, Tom Clancy's Ghost Recon Wildlands, H1Z1, Tom Clancy's Rainbow Six Siege, ARK : Survival Evolved, PlayerUnknown's Battlegrounds, The Witcher Wild Hunts, Dota 2, Warframe, GRand Theft Auto V dan Divinity : Original Sin 2.

Beberapa permainan lain turut berada di dalam senarai Steam Best of 2017 ini termasuklah Conan Exile dan Resident Evil 7 Biohazard di kategori keluaran terbaru terbaik, Payday 2 pada kategori permainan paling banyak dimainkan dan Superhot VR di kategoti permainan VR dengan jualan tertinggi.

Bagi anda yang berminat untuk melihat senarai penuh Steam Best of 2017, anda boleh layari laman tersebut menerusi pautan yang disertakan dibawah ini.


Layari : Steam Best of 2017

Tiada ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.